News
10 January 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)
4 Okt 2023 – Pemberigaan Wawasan Brunei 2035 diteruskan melalui Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), JPM dihadiri seramai 40 pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dalam Bahagian II, III, IV dan V dari beberapa Kementerian dan Jabatan.
Yang Mulia Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB mengongsikan perkembangan dan kemajuan terkini negara termasuk inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan mahupun swasta dan NGOs sebagai usahasama ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.