News
10 January 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Radio Televsiyen Brunei
9 Oktober 2023 - Taklimat mengenai hala tuju Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus diberigakan kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Radio Televisyen Brunei (RTB), JPM.
Kursus Induksi berkenaan diadakan di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB. Isi kandungan taklimat antaralain menyentuh mengenai beberapa inisiatif dan perkembangan negara setakat ini. Semasa taklimat, Yang Mulia Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB juga menekankan tentang kepentingan pendekatan senegara (Whole of Nation Approach) yang mana kejayaan Wawasan Brunei 2035 bergantung kepada penglibatan bersepadu, komitmen dan dukungan daripada semua pihak termasuk orang awam.