News
10 January 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Kementerian Pembangunan
26 Oktober 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus memberigakan Wawasan Brunei 2035 melalui Kursus Induksi anjuran Kementerian Pembangunan kepada seramai 37 pegawai dan kakitangan dari Bahagian II dan III yang baru berkhidmat di Kementerian berkenaan.
Selain bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para peserta mengenai wawasan, Yang Mulia Farrizz bin Saralfari, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB juga menyentuh tentang peranan dan tanggungjawab setiap individu sebagai penjawat awam, masyarakat, dan pemimpin untuk bersatu padu dalam usaha ke arah mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.