News
04 December 2018
Taklimat Wawasan bagi Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan, 1 Mei 2018,
Sebagai kesinambungan kepada usaha pemberigaan kepada Kementerian dan Jabatan kerajaan, satu sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 telah dilaksanakan bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan. Sesi tersebut juga diserapkan dengan sebuah taklimat mengenai pelan strategi Kementerian Kewangan yang kemudiannya digunakan untuk sebagai contoh dalam pensejajaran antara Kementerian Kewangan dan Wawasan Brunei 2035.
Taklimat kepada Pegawai dan Kakitangan Kementerian dan Jabatan kerajaan adalah satu inisiatif bagi memastikan warga kerajaan mengetahui akan Wawasan Brunei 2035 dan akan dapat mensejajarkan tugas dan tanggungjawab mereka kepada Wawasan brunei 2035. Hampir 100 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan hadir bagi mengikuti taklimat berkenaan.