Lawatan Sambil Belajar Daripada Indian National Ddefence College Course Ke Negara Brunei Darussalam

Sep 2, 2025 | News

2 September 2025 – Delegasi Indian National Defence College menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri, bertempat di Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies, Kementerian Pertahanan.

Taklimat tersebut merupakan sebahagian daripada sesi lawatan ke Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Lawatan tersebut diketuai oleh Air Vice Marshal Manish Kumar Gupta selaku Ketua Delegasi bersama 15 orang peserta kursus yang berpangkat  Brigadier atau setaraf.