1 September 2025 – Sebagai persediaan awal bagi Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (Brunei Young Leaders Convention, BYLC) 2025, mentor-mentor undangan BYLC 2025 telah menghadiri sesi mentors’ briefing mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Ianya bertujuan bagi meningkatkan kefahaman para mentor mengenai Wawasan Negara termasuk pengongsian pembangunan terkini serta pencapaian negara sebelum berlangsungnya BYLC.
Mentor-mentor undangan terdiri daripada wakil sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin akar umbi, pensyarah-pensyarah dan pakar motivasi ini akan terlibat di dalam forum, sesi perbincangan dan klinik mentor bersama para peserta BYLC.
