Minggu Orientasi Universiti Teknologi Brunei Sesi 2025/2026

Jul 17, 2025 | News

17 Jul 2025 – Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para belia mengenai perkembangan negara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memperluaskan lagi pembarigaan melalui taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada pelajar-pelajar baharu Universiti Teknologi Brunei (UTB) semasa Minggu Orientasi UTB Sesi 2025/2026 di
Dewan Serbaguna, UTB.

Seramai 670 orang pelajar baharu diberikan pendedahan meluas terhadap Wawasan Brunei 2035 merangkumi inisiatif-inisiatif, perkembangan dan usaha sama pihak Kerajaan bersama pihak-pihak yang berkepentingan dalam merealisasikan aspirasi negara. Taklimat tersebut turut menekankan peranan penting pelajar sebagai generasi belia, yang menjadi tonggak kekuatan dan penerus kepimpinan masa hadapan, dalam sama-sama menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.

Minggu Orientasi UTB Sesi 2025/2026 dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Brunei.