29 Jul 2025 – Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri meneruskan lagi usaha pembarigaan mengenai Wawasan Negara kepada 132 pelajar-pelajar baharu Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang sedang menjalani Minggu Ta’aruf KUPU SB Ke-19 Sesi 2025/2026 di Dewan Tarbiah, KUPU SB.
Taklimat tersebut diharap dapat membuka minda para pelajar dengan lebih meluas mengenai kepentingan pendekatan senegara (whole-of-nation approach) dalam pelaksanaan Wawasan Brunei 2035. Para pelajar sebagai belia dan juga pendidik pada masa hadapan, merupakan aset penting negara, yang berperanan dalam memperkukuh pembagnunan insan, memelihara kesejahteraan masyarakat, serta menyumbang kepada kemakmuran negara.
Minggu Ta’aruf yang dijalankan selama lima hari itu merupakan satu usaha untuk memperkenalkan KUPU SB sebagai sebuah institusi perguruan tinggi di Negara Brunei Darussalam yang berperanan penting dalam memartabatkan pengajian perguruan ugama serta melahirkan pendidik melalui pengintegrasian ilmu, latihan, kajian, perkhidmatan, keterampilan, teknologi dan jati diri berasaskan prinsip-prinsip Islam serta Falsafah Pendidikan Negara.
