2 Ogos 2025 – Wawasan Brunei 2035 terus dibarigakan melalui taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri semasa Minggu Ta’aruf Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Sesi Pengajian 2025/2026. Taklimat yang dihadiri lebih 400 pelajar baharu dalam program Prasiswazah diadakan di Dewan Auditorium, UNISSA.
Taklimat tersebut memberikan penerangan yang terperinci mengenai tiga matlamat Wawasan Brunei 2035; iaitu Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; Kualiti kehidupan rakyat yang tinggi; dan Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan serta mengongsikan perkembangan negara.
Minggu Ta’aruf tahun diadakan selama lima hari dengan beberapa pengisian program bermanfaat yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar baharu dengan aspekaspek penting kehidupan sebagai seorang pelajar di UNISSA.
