Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemajuan yang berterusan ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035. Dalam meneruskan perjalanan menuju ke tahun 2035 dan tahun-tahun seterusnya, kerjasama dan komitmen padu daripada semua pihak perlu diteruskan bagi sama-sama menjayakan dan mencapai sasaran-sasaran Wawasan Brunei 2035 yang dihasratkan.