4 Ogos 2025 – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai Wawasan Negara, seramai 202 pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035.
Sesi taklimat yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri, antara lain menerangkan mengenai kepentingan usaha sama melalui pendekatan Whole of Government ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dan usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan serta perkembangan negara.
Program Induksi Perkhidmatan Awam bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas para pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
