3 September 2025 – Bagi melahirkan generasi muda yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, peserta Program Jati Diri Kohot Ke-9 mengikuti sesi pembelajaran dan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Sesi yang diadakan di Kem Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong itu dihadiri seramai 38 belia yang terdiri daripada penuntut-penuntut Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).
Antara mesej yang ditekankan semasa sesi taklimat adalah kepentingan penglibatan belia melalui pendekatan senegara dalam membentuk dan mencorak pembangunan negara ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Para peserta juga turut terlibat di dalam aktiviti-aktiviti interaktif bagi menggalakkan kerja berpasukan dan meningkatkan produktiviti serta kesedaran dalam pencapaian Wawasan Negara.
Program tersebut dikendalikan oleh Bahagian Khidmat Bakti Negara, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kolaborasi bersama Pusat Pekerjaan Brunei dan IBTE.
