PROGRAM MASYARAKAT BERMAKLUMAT BAGI SEKTOR SWASTA (PERBANKAN DAN KEWANGAN)

Nov 27, 2025 | News

27 November 2025 – Wawasan Brunei 2035 terus dibarigakan melalui Program Masyarakat Bermaklumat bagi Sektor Swasta (Perbankan dan Kewangan) anjuran Jabatan Penerangan melalui Unit Hubungan Masyarakat. Taklimat yang diadakan di Central Lecture Theatre, Universiti Brunei Darussalam dihadiri seramai 48 pegawai-pegawai kanan daripada beberapa sektor perbankan dan kewangan.

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri, antara lain menerangkan kepentingan usahasama pihak kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan dan masyarakat ke arah merealisasikan Wawasan Negara melalui pendekatan whole-of-nation. Perkembangan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 turut dikongsikan yang merangkumi pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan terutama penglibatan Sektor Swasta dalam merealisasikan Wawasan Negara.