2 Jul 2025 – Taklimat Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals – SDGs) bagi Negara Brunei Darussalam yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri merupakan sebahagian daripada pengisian Program Masyarakat Bermaklumat bagi sektor Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor Swasta berkaitan Infokomunikasi dan Teknologi, yang diadakan di Auditorium Jabatan Penerangan. Program yang dijalankan selama dua hari itu disertai seramai 65 peserta.
Semasa taklimat tersebut, pihak PWB menerangkan aspirasi negara dan usaha-usaha yang sedang giat dilaksanakan ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035 dan SDGs. Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh jati diri dan memupuk semangat kolaboratif dalam kalangan peserta untuk terus menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.
Program ini merupakan inisiatif Jabatan Penerangan yang bertujuan meningkatkan pemahaman dan menghargai usaha-usaha kerajaan, disamping membukakan ruang kepada masyarakat untuk memperluas ilmu pengetahuan dan mendukung agenda pembangunan negara.
