Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri merupakan salah satu pengisian bagi Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) kali ke-32 yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Seramai 25 orang pegawai-pegawai kanan kerajaan daripada Bahagian I telah menghadiri taklimat tersebut.
Taklimat tersebut merangkumi gambaran keseluruhan Wawasan Brunei 2035 dan perkembangan negara semasa, serta diselitkan dengan sesi perbincangan dan perkongsian pandangan mengenai strategi dan kepentingan Wawasan Negara, termasuk transformasi dan perubahan global dalam mengharungi cabaran masa hadapan.
Program ini bertujuan menggilap kebolehan peserta supaya potensi pegawai-pegawai kanan dapat dimanfaatkan dalam peranan mereka sebagai nadi penjana, penggerak dan penyampai perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan menepati sasaran.
