Dalam meningkatkan pengetahuan belia mengenai pembangunan negara, seramai 35 peserta Program Sivik menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Program anjuran Jabatan Penerangan ini disertai oleh lepasan ijazah Negara Brunei Darussalam yang sedang dan pernah menuntut di universiti-universiti tempatan dan luar negara.
Taklimat bertujuan untuk memberikan pendedahan yang meluas tentang kemajuan negara dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 selaras dengan objektif program tersebut iaitu memberikan kefahaman dan maklumat terkini mengenai usaha-usaha Kerajaan dan negara dalam memupuk dan menanam semangat kenegaraan berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja.
