7 Januari 2026 – Lebih dari 60 peserta Program Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), menghadiri takimat Wawasan Brunei 2035 yang diadakan di Dewan Isyraq, IPA. Peserta program terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan.
Taklimat yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri itu memberikan penerangan yang terperinci mengenai tiga matlamat Wawasan Brunei 2035; iaitu Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi; dan Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan serta gambaran perkembangan negara hingga ke hari ini.
Program Induksi bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas para pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
