22 Januari 2026 – Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada peserta-peserta Royal Brunei Air Force Warrant Officers Development Program Kali Pertama, bertempat di East Wing, Bangunan JPM.
Para peserta program yang terdiri daripada 18 Pegawai Waran Tentera Udara Diraja Brunei berpeluang mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Negara yang menggariskan hala tuju Wawasan Brunei 2035 dalam pembangunan negara.
