27 Januari 2026 – Seramai 20 pegawai waran yang mengikuti kursus Senior Warrant Officers Course Siri 1/2025 telah mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri, bertempat di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Taklimat tersebut merupakan sebahagian daripada kursus yang dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Akademi Pertahanan ABDB dengan kolaborasi bersama Institut Latihan ABDB.
