News
16 January 2024
Taklimat Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Tahun 2023
28 November 2023 - Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Tahun 2023, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dijemput oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) untuk menyampaikan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada beberapa sekolah di Bankuet Hall, Bangunan Majlis Mesyuarat Negara. Ianya dikendalikan sebagai persediaan pelajar-pelajar bagi sesi perbincangan mengenai forum “Voices of Children" yang bertemakan Penyertaan, untuk setiap kanak-kanak atau Inclusion, for every child.
Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Hjh Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II. Dalam taklimat tersebut, para pelajar dari pelbagai sekolah peringkat menengah dan tingkatan enam berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai ketiga-tiga matlamat-matlamat Wawasan Negara dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak berkepentingan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada setiap pelajar akan peranan masing-masing dalam mencapai kejayaan Wawasan Brunei 2035.
Forum berkenaan diadakan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bebas bersuara dalam menegakkan hak asasi dan penyertaan dalam menggalakkan masyarakat yang lebih inklusif dan sakasama.