10
Negara Teratas
Di Dunia
Menurut
Indeks
Pembangunan Manusia (UNDP)
Matlamat ini bertujuan untuk memberikan kualiti kehidupan yang tinggi setaraf dengan negara-negara maju di dunia. Untuk
mencapai hasrat ini, tumpuan diberikan kepada penyediaan satu ekosistem yang holistik meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti penyediaan kemudahan dan infrastruktur penting, keselamatan negara, penjagaan alam sekitar dan pemberian perlindungan sosial bagi semua lapisan masyarakat.
Selaras dengan tumpuan tersebut, di bawah Kerangka Kerja Wawasan
Brunei 2035, Matlamat 2 mempunyai lima (5) Hasil Pencapaian Kebangsaan,
sebelas (11) Bidang Utama dan empat belas (14) Petunjuk Prestasi Utama
Kebangsaan.