News
10 January 2024
Taklimat bagi Program Sivik
13 Disember 2023 - Dalam meningkatkan pengetahuan belia mengenai pembangunan negara, seramai 39 peserta Program Sivik menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Ernie Yusdina binti Hj Lamit, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, bertujuan untuk memberikan pendedahan yang meluas tentang kemajuan negara dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 selaras dengan objektif program tersebut iaitu memberikan kefahaman dan maklumat terkini mengenai hal ehwal Kerajaan dan negara serta memupuk dan menanamkan semangat kenegaraan berteraskan falsafah 'Melayu Islam Beraja' (MIB).
Program anjuran Jabatan Penerangan yang diadakan selama lima hari bermula pada 10 hingga 14 Disember 2023 itu disertai oleh lepasan ijazah Negara Brunei Darussalam yang pernah menuntut di universiti-universiti luar dan dalam negeri termasuk di bawah skim bantuan pinjaman pendidikan dan persendirian.