News
25 March 2024
Program Generasi Berwawasan: Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Daerah Belait
29 Februari 2024 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program Generasi Berwawasan kepada penuntut-penuntut sekolah dan para belia di keempat-empat daerah bagi menyemarakkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 dengan tema “Bersatu Mencapai Cita Negara".
Program ini adalah salah satu usaha berterusan PWB dalam memberikan pendedahan meluas mengenai Wawasan Brunei 2035, meningkatkan kefahaman dan kesedaran serta menggalakkan penglibatan belia-belia dalam sama-sama menjayakan Wawasan Negara.
Program Generasi Berwawasan yang dikendalikan bermula 29 Februari 2024 tersebut diadakan di beberapa buah sekolah dan institusi latihan termasuk Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Daerah Belait.