News
27 March 2024
Taklimat bagi Program Induksi Perkhidmatan Awam Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
5 Mac 2024 – Beberapa pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam.
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat I, menyentuh mengenai pengenalan Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif-inisiatif serta perkembangan negara hingga ke hari ini. Kepentingan pendekatan senegara juga ditekankan di dalam taklimat tersebut yang mana setiap lapisan masyarakat memainkan peranan penting untuk merealisasikan Wawasan Negara.
Taklimat yang dihadiri seramai 16 orang itu merupakan sebahagian daripada pengisian Program Induksi Perkhidmatan Awam In-House.