News
01 April 2024
Program Generasi Berwawasan: Sekolah Menengah Tanjong Maya, Daerah Tutong
5 Mac 2024 – Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan lagi di Sekolah Menengah Tanjong Maya, Daerah Tutong bagi Program Generasi Berwawasan. Taklimat tersebut dihadiri seramai lebih 200 penuntut dari Tahun 10 dan 11.
Program yang dikendalikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri ini diharapkan akan dapat membangun minda, meningkatkan nilai-nilai bermasyarakat, beragama dan bernegara serta menyuntik semangat patriotik di kalangan belia-belia dalam sama-sama merealisasikan Wawasan Brunei 2035.