News
01 April 2024
Taklimat bagi Program Khidmat Bakti Negara Pengambilan Ke-12
6 Mac 2024 – Sebagai usaha ke arah merealisasikan Wawasan Negara, seramai 469 pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-12 mendengarkan taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri di Dewan Kuliah Kem Latihan PKBN, Batu Apoi, Temburong.
Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Farrizz bin Saralfari, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II (i-Ready). Dalam taklimat tersebut, matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 dikongsikan secara menyeluruh dan antara perkara yang turut ditekankan adalah peranan belia dalam sama-sama mendukung serta memimpin ke arah pembangunan negara. Sesi pemberigaan tersebut adalah sebahagian daripada Program Generasi Berwawasan yang diungkayahkan oleh PWB dengan kerjasama Bahagian Khidmat Bakti Negara, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40.
Antara objektif program ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman pelatih-pelatih PKBN di samping berpeluang menerapkan semangat berpasukan yang tinggi dan semangat patriotisme yang mantap serta kesetiaan kepada raja, ugama dan negara.