News
01 April 2024
Program Generasi Berwawasan: Sekolah Menengah Sultan Hassan, Daerah Temburong
9 Mac 2024 – Dalam usaha berterusan bagi memberikan pendedahan meluas mengenai Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Wawasan Brunei, meneruskan lagi Program Generasi Berwawasan ke Sekolah Menengah Sultan Hassan, Daerah Temburong.
Program ini diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 kepada penuntut-penuntut sekolah dan para belia di keempat-empat daerah bagi menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 dengan tema “Bersatu Mencapai Cita Negara".