News
03 July 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Kementerian Pembangunan (MOD)
20 Mei 2024 – Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat, iaitu melalui Kursus Induksi Kementerian Pembangunan (MOD) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dihadiri seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di dalam Bahagian III, IV dan V di Dewan Betabur, MOD.
Selain meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para peserta mengenai Wawasan Negara, Yang Mulia Ernie Yusdina binti Haji Lamit, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II (i-Ready), juga menyentuh tentang fokus penambahbaikan yang dikenalpasti ke arah mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.
Antara tujuan Kursus Induksi ini diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas dalam perkhidmatan awam dan menyuntik semangat untuk terus memberikan kerjasama dalam mendokong aspirasi Negara.