News
03 July 2024
Taklimat bagi Program Eksekutif Muda (Young Executive Programme, YEP) Kohot Ke-9
10 Jun 2024 - Seramai 25 peserta Program Eksekutif Muda (Young Executive Programme, YEP) kohot ke-9 diberikan pendedahan meluas mengenai usaha-usaha dan perkembangan negara semasa taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri.
Taklimat yang bertajuk Brunei's Journey Towards Wawasan 2035 tersebut adalah salah satu pengisian bagi Program YEP yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam dan berlangsung selama 13 minggu. Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Nur Ardina binti Awang Daud, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, menekankan tentang kepentingan usahasama melalui pendekatan secara Whole-of-Nation ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Aktiviti dan sesi perbincangan turut diselitkan bagi berkongsi sama pandangan ke arah mencapai ketiga-tiga matlamat Wawasan Brunei 2035.