News
30 July 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Perkhidmatan Awam bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama
1 Julai 2024 - Seramai 95 peserta dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Taklimat ini merupakan sebahagian daripada Kursus Induksi Perkhidmatan Awam (In-House Training) bagi pegawai-pegawai dan kakitangan KHEU dalam Bahagian II dan ke bawah.
Taklimat yang diadakan di Bilik Isyraq, Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dimulakan dengan pengongsian gambaran yang komprehensif tentang Wawasan Brunei 2035. Ini termasuk matlamat-matlamat yang ingin dicapai, perkembangan Wawasan Brunei 2035 serta inisiatif-inisiatif yang telah diusahakan oleh kementerian-kementerian dan pelbagai pihak dalam merealisasikan wawasan negara.
Kursus ini dikendalikan oleh KHEU melalui Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dengan kerjasama pihak IPA yang bermula pada 25 Jun 2024 hingga 1 Julai 2024.