News
30 July 2024
Taklimat bagi Minggu Orientasi Universiti Teknologi Brunei Sesi Akademik 2024/2025
16 Julai 2024 - Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para belia mengenai perkembangan negara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memperluaskan lagi pemberigaan melalui taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada pelajar-pelajar baharu Universiti Teknologi Brunei (UTB) semasa Minggu Orientasi UTB Sesi Akademik 2024/2025 di Dewan Serbaguna, UTB.
Seramai 625 orang pelajar baharu menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II. Taklimat tersebut memberikan penerangan yang terperinci mengenai tiga matlamat Wawasan Brunei 2035; iaitu Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; Kualiti kehidupan rakyat yang tinggi; dan Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan serta gambaran perkembangan negara hingga ke hari ini.
Minggu Orientasi yang bermula pada 16 Julai hingga 20 Julai dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Brunei (MPPUTB).