News
27 August 2024
Taklimat bagi Program Perkembangan Sultan's Scholars
7 Ogos 2024 - Seramai 12 orang penuntut dan alumni di bawah Skim Biasiswa Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Taklimat ini adalah sebahagian daripada Program Perkembangan Sultan's Scholars (Sultan's Scholars Development Programme – SSDP) yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Taklimat menyentuh mengenai pengenalan, latar belakang dan perkembangan terkini Wawasan Negara. Antara objektif taklimat ini adalah untuk memberi peluang kepada penerima-penerima Biasiswa Sultan's Scholar YSHHB melihat dengan lebih dekat lagi serta memahami dengan lebih mendalam mengenai perkembangan, isu dan cabaran dihadapi negara dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.
Program anjuran YSHHB yang dijalankan bermula pada 7 Ogos sehingga 10 Ogos 2024 bagi fasa Negara Brunei Darussalam, melibatkan penerima Biasiswa Sultan's Scholars dalam pelbagai program perkembangan sama ada di dalam dan luar negara, mendedahkan mereka kepada pelbagai maklumat dan perkembangan serta isu-isu semasa yang umum di luar bidang pengajian masing-masing.