News
23 September 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam
9 Sept 2024 - Seramai 230 pegawai-pegawai dan kakitangan dari beberapa Kementerian dan Jabatan-jabatan telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Taklimat ini merupakan sebahagian daripada Kursus Induksi Perkhidmatan Awam bagi pegawai-pegawai dan kakitangan dalam Bahagian II dan ke bawah.
Taklimat yang diadakan di Dewan An-Najah, Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dimulakan dengan pengongsian gambaran yang komprehensif tentang Wawasan Brunei 2035. Ini termasuk matlamat-matlamat yang ingin dicapai, perkembangan Wawasan Brunei 2035 serta inisiatif-inisiatif yang telah diusahakan oleh kementerian-kementerian dan pelbagai pihak dalam merealisasikan wawasan negara.