News
21 October 2024
Taklimat bagi Sesi Perkongsian Ilmu (Knowledge Sharing Session)
14 Sept 2024 – Beberapa pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada penyelaras-penyelaras Pasukan Pemantauan Projek-projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 semasa Sesi Perkongsian Ilmu (Knowledge Sharing Session) yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mengongsikan usaha-usaha dan perkembangan dan pencapaian negara serta penjelasan terperinci mengenai Wawasan Brunei 2035. Antara objektif utama sesi berkenaan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pengurusan projek-projek sebagai penambahbaikan dalam pengendalian projek-projek Rancangan Kemajuan Negara.