News
21 October 2024
Taklimat bagi Program MC07070 Induksi Perkhidmatan Awam Jabatan Daerah Tutong
14 Sept 2024 – Wawasan Brunei 2035 adalah aspirasi negara menjelang tahun 2035 untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia sebagai salah sebuah negara yang maju dalam bidang pendidikan, kualiti kehidupan rakyat yang tinggi dan pembangunan ekonomi. Demikian antara inti pati taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa Program MC07070 Induksi Perkhidmatan Awam Jabatan Daerah Tutong secara program latihan dalaman.
Taklimat yang diadakan di di Ma'had Islam Brunei, Tutong itu dihadiri seramai 86 Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung di Daerah Tutong, serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan tersebut.