News
21 October 2024
Majlis Penutup Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2024
19 Sept 2024 – Usaha ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035 bergantung kepada komitmen padu dan kerjasama semua pihak, terutama para belia yang merupakan generasi pewaris kepimpinan dan pembangunan yang makmur serta tonggak kekuatan masa depan negara. Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Nur Edzalina binti Hj Idris, Pemangku Pengarah, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa Majlis Penutup Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2024.
Sepanjang konvensyen berkenaan, PWB juga turut membukakan reruai (booth) pameran bagi berkongsi maklumat terkini mengenai Wawasan Brunei 2035 dan berinteraksi bersama para peserta.