News
21 October 2024
Taklimat bagi Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) kali ke-31
25 Sept 2024 - Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri merupakan salah satu pengisian bagi Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) kali ke-31 yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Seramai 30 orang pegawai-pegawai kanan kerajaan daripada Bahagian I telah menghadiri taklimat tersebut.
PWB mengongsikan gambaran keseluruhan Wawasan Brunei 2035 dan perkembangan negara setakat ini. Taklimat juga diselitkan dengan sesi perbincangan dan berkongsi pandangan mengenai strategi dan kepentingan Wawasan Negara, transformasi dan perubahan global dalam mengharungi cabaran masa hadapan.
Antara objektif utama program yang dijalankan bermula 23 September hingga 21 Disember 2024 itu adalah untuk menggilap kebolehan peserta supaya potensi tinggi pegawai-pegawai kanan dapat diterjemahkan sepenuhnya bagi membolehkan mereka berperanan sebagai nadi penjana, penggerak dan penyampai perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan menepati sasaran.