News
21 October 2024
Taklimat bagi Program MC07070 Induksi Perkhidmatan Awam bagi Jabatan Daerah Tutong
30 Sept 2024 - Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan melalui Program MC07070 Induksi Perkhidmatan Awam bagi Jabatan Daerah Tutong. Taklimat yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dihadiri seramai 80 orang yang terdiri daripada Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung serta pegawai dan kakitangan dari Jabatan Daerah Tutong.
Taklimat antaralain mengongsikan pencapaian negara, usaha-usaha pelaksanaan dan pemantauan ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035 yang melibatkan semua pihak di sektor kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, serta penglibatan seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.