News
11 December 2024
Pameran Majlis Penyampaian Pertandingan Brunei Darussalam Geospatial Challenge 2024
20 Nov 2024 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri menyertai pameran semasa Majlis Penyampaian Pertandingan Brunei Darussalam Geospatial Challenge 2024 (BDGC 2024) anjuran Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Network Integrity Assurance Technologies Sdn Bhd (NIAT) bersempena dengan Hari GIS 2024.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
Semasa pameran tersebut, maklumat terkini mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals - SDGs) diberigakan dengan berinteraksi bersama tetamu dan peserta-peserta BDGC.
Hari GIS adalah merupakan acara tahunan yang diadakan di seluruh dunia bagi memperkenalkan sistem maklumat geografi (GIS) dan memberigakan kepada orang ramai tentang geografi, berkongsi pencapaian Jabatan dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menggunakan teknologi GIS.