News
23 December 2024
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Wawasan Brunei 2035
10 Dis 2024 – Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Wawasan Brunei 2035 yang dikendalikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan di Bangunan JPM, Bandar Seri Begawan pada 10 Disember 2024.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Yang Mulia Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad, Setiausaha Tetap (Wawasan), JPM.
Logo ciptaan terbaik yang direka cipta oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Abidin bin Haji Rashid telah terpilih sebagai logo rasmi Wawasan Brunei 2035 yang mana telah berjaya memperlihatkan idea dan kreativiti berpandukan ciri-ciri dan elemen-elemen penting seperti ditetapkan ke arah menepati aspirasi Wawasan Brunei 2035.
Pertandingan Mencipta Logo Wawasan Brunei 2035 merupakan salah satu inisiatif utama di bawah Pelan Komunikasi Wawasan Brunei 2035 bertujuan bagi mewujudkan satu tanda atau simbol tetap yang melambangkan identiti Wawasan Brunei 2035 agar mudah dikenal dan digunapakai sebagai simbol aspirasi dan lambang keunikan identiti Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang bersatu padu merealisasikan Wawasan Brunei 2035.