News
21 January 2025
Taklimat bagi Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-13
19 Disember 2024 – Bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan, seramai 367 pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-13 mendengarkan taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri di Dewan Kuliah Kem Latihan PKBN, Batu Apoi, Temburong.
Dalam taklimat tersebut, matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 dikongsikan secara menyeluruh dan antara perkara yang turut ditekankan adalah penglibatan belia dalam pendekatan senegara (Whole-of-Nation), yang mana belia memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan mencorak pembangunan serta kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan Negara.
Antara objektif program ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman pelatih-pelatih PKBN di samping berpeluang menerapkan semangat berpasukan yang tinggi dan semangat patriotisme yang mantap serta kesetiaan kepada raja, ugama dan negara.