News
08 July 2025
Taklimat bagi Kursus Melayu Islam Beraja (MIB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali
19 Mac 2025 - Bagi meningkatkan kefahaman Maqasid Syariah dalam Wawasan Negara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat kepada lebih 200 orang pelajar dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Dewan Jubli, UNISSA. Taklimat yang dikendalikan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) itu merupakan sesi kuliah khas bagi kursus Melayu Islam Beraja (MIB) yang dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama bagi sesi semester 2, sesi akademik 2024/2025.
Antara perkara yang ditekankan di dalam taklimat tersebut adalah pensejajaran prinsip-prinsip Maqasid Syariah dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.