Events
01 March 2022
Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Pegawai Muda yang Mengikuti Program Eksekutif Muda Kohot Ke-6
19 Februari 2022 - Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Wawasan Brunei telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 secara dalam talian kepada pegawai-pegawai muda Program Eksekutif Muda Kohot Ke-6 (6th YEP). Taklimat tersebut telah dikendalikan dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-38 dengan tema "Menjayakan Wawasan Negara".
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Pejabat Wawasan Brunei. Taklimat tersebut telah menyentuh mengenai kepentingan usahasama melalui pendekatan seluruh perkhidmatan kerajaan ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Taklimat diakhiri dengan sesi perbincangan di antara peserta-peserta YEP dan pegawai-pegawai Pejabat Wawasan Brunei, dalam berkongsi pandangan mengenai Wawasan Brunei 2035.
Objektif taklimat bertujuan untuk memberigakan serta memberikan pendedahan meluas kepada pegawai-pegawai muda yang baru berkhidmat di sektor kerajaan mengenai usaha-usaha dan perkembangan Negara ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035. Seramai 29 orang pegawai-pegawai muda yang baru berkhidmat dengan Kementerian dan Jabatan kerajaan menghadiri sesi pemberigaan berkenaan.
Brunei Vision 2035 Talk for 6th Cohort of Young Executive Programme
19 February 2022 - In conjunction with Brunei Darussalam's 38th National Day celebration, the Prime Minister's Office (PMO) through Wawasan Brunei Office conducted a virtual talk on Wawasan Brunei 2035 for young officers under the 6th cohort of Young Executive Programme (6th YEP). The event was organised in collaboration with the Civil Service Institute, PMO; and Ministry of Culture, Youth & Sports (MCYS) to enliven the 38th National Day of Brunei Darussalam with the theme "Menjayakan Wawasan Negara".
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the talk delivered by Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Special Duties Officer Grade I, Wawasan Brunei Office, who emphasised the importance of adapting the whole of government service approach by working towards realising Brunei Vision 2035. The talk concluded with a discussion session between the YEP participants and Wawasan Brunei Office officers, where the participants shared their views on the implementation of the Wawasan Brunei 2035.
The objective of the briefing was to inform and provide information to government officers who have just begun to serve in the government sector, on the efforts and implementation towards achieving Brunei Vision 2035 goals. It was attended by a total of 29 young officers from variouos ministries and government departments.