News
22 February 2023
MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI WAWASAN BRUNEI 2035 KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2023
21 Februari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi
ini berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wawasan Brunei
2035 kali pertama bagi tahun 2023. Mesyuarat tersebut berlangsung di Istana Nurul
Iman.
Juga berangkat ialah paduka anaknda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri
Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi
Wawasan Brunei 2035.
Sebelum bermula, Surah Al-Faatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Yang
Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin
bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 kali pertama bagi
tahun 2023 ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah.
Pada Mesyuarat ini juga, Majlis Tertinggi Wawasan Brunei antara lainnya
membincangkan mengenai perkembangan Wawasan Brunei 2035 yang merangkumi
Economic Blueprint, Manpower Blueprint dan Social Blueprint; serta rancangan masa
depan.
Di antara peranan utama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 adalah untuk
memastikan strategi dan dasar berkaitan dengan agenda pembangunan negara
diselaraskan di peringkat tertinggi dengan lebih bersistematik serta
berkesinambungan bagi menangani isu-isu dan cabaran-cabaran menerajui negara ke
arah mencapai Wawasan Brunei 2035.