News
11 March 2023
Taklimat bagi Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-1
9 Februari 2023 – Sebagai usaha ke arah merealisasikan Wawasan Negara, seramai 550 belia Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-11 telah menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Antara perkara yang ditekankan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti DPS Hj Abdul Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dalam taklimat adalah belia memainkan peranan penting dalam sama-sama menyumbangkan kepada pembangunan negara serta memajukan negara dari pelbagai aspek.
Taklimat tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama terdiri daripada Platun 7,8,9,10,11 dan 12. Sesi kedua pula terdiri daripada Platun 1,2,3,4,5 dan 6 yang dikendalikan di Dewan Kuliah Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.
Sesi pemberigaan tersebut juga diselitkan dengan beberapa aktiviti bagi membangun kemahiran kerja berpasukan serta meningkatkan produktiviti dan kesedaran mengenai Wawasan Negara.