News
13 March 2023
Lawatan Sambil Belajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
14 Februari 2023 – Seramai 12 orang pelajar dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti DPS Haji Abdul Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II itu memfokuskan tentang pengenalan Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif-inistiaf yang telah dilaksanakan serta kepentingan sumbangan para belia dalam menjayakan Wawasan Negara.
Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada lawatan sambil belajar bagi pelajar-pelajar Tahun 3 dari Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) bagi modul Economic Thoughts and Contemporary Economic Policies. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai perkembangan negara di samping untukmeningkatkan semangat jati diri belia dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.