News
21 August 2023
Taklimat bagi Pasukan Pemantauan Projek-projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN)
5 Jun 2023 - Beberapa pegawai dan kakitangan daripada Pasukan Pemantauan Projek-projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) menghadiri Knowledge Sharing Session yang diadakan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut hadir untuk menyampaikan taklimat mengenai perkembangan Wawasan Negara.
Hadir untuk menyampaikan taklimat, Yang Mulia Pengiran Khairil Bahriah binti Pengiran Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah, PWB memberikan gambaran keseluruhan Laporan Wawasan Brunei 2035 (2015-2022), yang menekankan pencapaian utama dan perkembangan negara sepanjang tujuh tahun.
Pasukan tersebut terdiri daripada Kementerian-kementerian yang bertanggungjawab dalam merancang (planners), menyediakan dasar-dasar dan peraturan serta projek-projek pembangunan negara.
Antara objektif utama sesi berkenaan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pengurusan projek-projek sebagai penambahbaikan dalam pengendalian projek-projek Rancangan Kemajuan Negara.