News
06 January 2024
Taklimat bagi Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 13/2023
26 Jun 2023 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan
Perdana Menteri menerima lawatan daripada peserta-peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 13/2023. Kursus Maktab Turus (Command
and Staff Course) dikendalikan selama 40 minggu yang bermula pada 09
Januari 2023.
Peserta-peserta kursus yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Tentera dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, dan juga pegawai-pegawai Tentera dari luar negeri berpeluang mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Negara yang menyentuh mengenai hala tuju Wawasan Brunei 2035 dalam pembangunan negara. Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Amalina binti Haji Awang Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan.
Antara objektif taklimat dan lawatan ini adalah untuk mengetahui tentang rangka kerja keseluruhan Wawasan Brunei 2035, termasuk objektif, sasaran dan strateginya, dan memahami peranan PWB dalam mengawasi pelaksanaannya dan untuk mendapatkan pandangan tentang kemajuan yang dicapai ke arah mencapai visi dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pelbagai pelan tindakan dan inisiatif.