News
08 January 2024
Taklimat bagi Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO)
18 Julai 2023 - Seramai 27 pegawai Pengurusan Pertengahan telah mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) kali ke-34 yang dianjurkan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perdana Menteri.
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Amalina binti Haji Awang Tengah, Pemanku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, antaralain menerangkan mengenai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035, serta inisiatif dan perkembangan terkini. Aktiviti secara berkumpulan berkaitan dengan futures atau foresight juga diselitkan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta dalam keberkesanan perancangan apabila berhadapan dengan masa depan yang cepat berubah dan tidak menentu.