News
09 January 2024
Pameran Wawasan Brunei 2035 semasa Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang Ke-18
1 Ogos 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke pameran Wawasan Brunei 2035 dan Sustainable Development Goals (SDGs) semasa Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang Ke-18 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Baginda Sultan beserta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Hj Mohammad, Setiausaha Tetap (Wawasan), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Yang Mulia Pengiran Khairil Bahriah binti Pengiran Haji Mohd Ali, Pemangku Pengarah Wawasan Brunei (PWB) menyembahkan penerangan mengenai penglibatan belia dalam mendukung merealisasikan matlamat negara khususnya dalam menjayakan Wawasan Brunei 2035.